.i can see you through!.

Saturday, October 24, 2009

Kan Dah Cakap Aku Sayang Dia..


thanks la aku ucapkan kepada kakak bunga dalam pada sifat beliau yg penuh kekejaman tu ada lagi rasa sayang tak terhingga beliau kepada aku.

hehe.

Wednesday, September 30, 2009

Berhabuk!




post raya yg basi.
bengong.

oh aku kepenatan.
tadi balik sekolah hampir jam 6.

gilak.

Friday, August 28, 2009

Haruslah Aku Bangga!

aku baru lepas cat bilik. jadi aku nak bangga sekejap. aku penat sambil berpuasa pun aku laratkan jugak make over bilik sendiri.

by the way : parasit jahanam suka kacau hidup kakak aku KAU SANGAT SIAL.

terima kasih.

Saturday, August 8, 2009

Pink Dan Telah Dijanjikan.

kau janji kalau aku baik,ikut cakap and belajar rajin-rajin nanti aku dapat ni kan? warna pink kan? nanti aku main lagu 'more than words' hari-hari untuk kau. aku sanggup tunggu dengan muka istiqamah penuh kesabaran. aku sayang kau kakak bungaaaaaaaaa!

Friday, July 17, 2009

BUHZEE!!

aku sangat busy. nak uruskan macam2.maklumlah sejak election hari tu,aku je yg boleh diharap.chewahhh!terabai blog aku.aduh.

Saturday, July 4, 2009

Iklan jap...

kakak kejam aku bukak blogshop jual barang2 dia yg memenuhkan almari...

lawatilah dia...

.BUNGABUNDLE.

sekian.

Thursday, July 2, 2009

Victorious

Alhamdulillah.aku menang election untuk MPP hari rabu lepas.sampai demam-demam aku jadinya.maklumlah,berkempen.hehe.aku rasa bangga jugak la dengan apa yg aku dah capai setakat ni.terima kasih untuk semua yang menyokong dan mengundi.aku akan cuba lakukan yg terbaik dan untuk kepercayaan semua.

Tuesday, June 30, 2009

Tekanan Jiwa

aku rasa semakin tertekan dengan tanggungjawab yg semakin besar ni.tolong.tolong.

Wednesday, June 24, 2009

Manifesto Oh Manifesto!


esok aku kena bagi ucapan.ape tu orang politik kata...er... MANIFESTO.apa nak cakap eh?penat berlatih ni.aku ni kan pemalu.bukan tau sangat nak cakap ape.jentera pilihanraya aku adalah KAKAK KEJAM-tukang buat poster,ucapan,kempen.bagus bagus.tak payah bayar gaji mahal2.aku kan pokai.mana nak main politik wang.hahahahaha!nervous pulak nak sampai hari mengundi ni.aku mana pernah pegi mengundi.haram taktau satu ape.ape nak cakap besok?pilihla saya.pilihan ibu-ibu mengandung.GILA?aku diserang nervous.bodosnye.kenapa aku sorang yang tak pandai cakap?kenapa aku takde kebolehan tu?arggggggggg!nasib baik ada KAKAK KEJAM.tengkiu.aku sayang kau.semoga aku menang itu jawatan.hip hip horeyy!

Sunday, June 21, 2009

Aku Bosan Dan Penat

aku penat giler.kerja melambak-lambak.homework sastera tak buat lagi.satu hari ni tolong KAKAK KEJAM aku buat carta organisasi.dok gunting2, dok tampal2.tengok2 jam dah tengahari.aduh la. puas pujuk hati redhalah terima form 6 ni.insyaallah.pasni aku nak lunch,nak mandi,nak golek2 atas katil,nak tido.petang nanti aku nak makan CHEESE TART.

aku hidup macam tuan puteri.

carta yang aku rasa ada nilai2 estetika.peh!

tengok!nama aku dan KAKAK KEJAM.hahaha


aku tak sabar nak tunggu KAKAK KEJAM aku dapat tunggakan gaji.

aku siap dah tulis wishlist selit bawah bantal.

1. aku nak rebond rambut / aku nak kaler sekali (blonde!)
2. aku nak jeans levis satu pasang.yg lama dah tak up to date.dah tak cool.
3. aku nak sandal.flat punya.
4. aku nak baju sekolah (uniform aku bodoh.iron siap tak licin)
5. aku nak beg sekolah.
6. aku nak holiday.

agak2,aku dapat tak??? nama pun KAKAK KEJAM.

Saturday, June 13, 2009

Sibuk Sibuk Pasal Bahasa Aku Bahasakan Sekali Baru Tau!


betul akak KEJAM aku cakap, orang Melayu sekarang,ye aku ulangi orang Melayu sekarang dah tak kuat cabaran. baru suruh belajar sains dan maths dalam bahasa inggeris dah menggigil lutut,sain petisyen tu,petisyen ni,cakap bahasa malaysia akan pupus bahasa melayu akan dilupakan.ape ni?ape ni?

aku memang menyampah habis dengan isu PPSMI yang tak habis2 ni.apa kecoh2 ni?sampai bila kita nak selesa sepanjang hayat?jadi manja jadi orang yg tau nak nganga mulut je tapi taknak didedahkan dengan sedikit cabaran berbahasa?aiyohh,kamon la...aku pun bukan pandai sangat bahasa omputih ni tapi aku tak malu nak belajar tak malu nak buat salah tak malu nak mengaku yg english aku ditahap cipan tapi takde pulak aku bising2 itu ini salahkan sapa2 sampai ada sebilangan yang langsung dah takde rasa hormat dengan pemimpin kita?

ape ada hal dengan bahasa?sapa kata belajar bahasa inggeris akan buat kita lupa bahasa kita sendiri?geli betul.tengok realiti,suruh cintakan bahasa melayu tapi bab komsas mesti buat muka menyampah mesti buat muka tonyok mesti macam geli dah tu macamana kita nak martabatkan bahasa kita?mentaliti org melayu sekarang dah tercemar tahu,tercemar.budak2 sekarang dah tonggang terbalik dalam bahasa melayu sampai ada yg tak lulus masa spm pasal diorang malas membaca (bukan sebab belajar maths dan sains dalam bi) soh baca buku malas,dah dikata membaca jambatan ilmu taknak baca buku,baca buku lucah,layan porno rajin pulak.alah tak payah kecoh pasal bahasa mari kecohkan pasal pegangan agama lagi mantop.tapi semua buat muka tak faham,buat muka moden.

bahasa dibentuk dengan pembacaan.kalau dah baca buku pun malas macamana nak kuasai bahasa.aku malu dengan mat saleh dan minah saleh yg siap masuk debat berbahasa melayu kat tv1 dulu.siap ada yg amik ijazah dalam pengajian bahasa melayu,tapi kita sebok2 wokkk bergaduh pasal benda yg tak relevan. cinta bahasa kebangsaan (bahasa melayu) tapi soh tengok cite melayu taknak, soh beli lagu2 melayu takmau,kata tak moden tak cool, transformers gak yang ditunggu2.orang yang sibuk cakap2 tu pun bukan arif sangat pasal bahasa melayu.tau bahasa melayu buta2 bukan tau rumpun dan salasilah bahasa kita datang dari mana pun.ape la,mana taruk mentaliti korang?

sampai bila kita nak bising2 pasal bahasa ni?tak berjuang dah mengaku kalah.malu tau tak!jangan jadikan alasan bahasa kebangsaan akan pupus kalau belajar dalam bahasa inggeris itu semua alasan yang sgt tak bijak.jadilah bangsa yang berjuang untuk negaranya,bukan bangsa yang berjuang untuk kejatuhan bangsanya.ini bukan pasal pupus atau tak pupus,ini pasal kredibiliti kau sbg BANGSA MELAYU. betullah kata chedet :

"Tugas kita belum selesai rupanya
Bagi memartabat dan memuliakan bangsa
kerana hanya bangsa yang berjaya
akan sentiasa dihormati

Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
Bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
buat selama-lamanya
Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
Kerana masa depan belum menjanjikan syurga
Bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa

Perjuangan kita belum selesai
Kerana hanya yang cekal dan tabah
Dapat membina mercu tanda
Bangsanya yang berjaya."

kau nak jadi bangsa yang macamana?

Dah Terhantuk Padan Muka!!


malas betul nak tulislah.aku takde idealah.betul lah.aku karangan masa spm pun main hentam je lagilah nak menulis panjang berjela-jela.bosan tahu?tadi aku meloncat2 blog (bloghopping!LAME!) then aku pun meloncat la ke blog akak aku yg KEJAM tu dan beberapa blog yang dilink kat blog akak aku yang KEJAM tu.ada satu persamaan yg aku kesan dalam semua blog2 tu iaitu semua pakat2 menyumpah seranah satu minah yang dah kenchh sama diorang via satu online shop.habis la masa aku terbuang dok baca semua itu.dari pada original post sampailah ke komen2 yang diberi oleh pengomen2 tersebut.aku bantai gelak je sepanjang aktiviti pembacaan tu.aku nak ucapkan syabas kepada minah tu coz dah berjaya menghuru-hara-birukan keadaan online shopping yang aman damai makmur sebelum ini.tahniah!tepuk pengakap!

tak payah pegi jauh la,akak aku yang KEJAM tu sendiri la contoh utama.gila beli barang kat online shop ni.tiap2 hari ada jek abang siva (nama posmen kat kawasan aku) yang hantar parcel.kejap kang baju la,kejap kang selendang la,tudung la,pil khayal la,flip flop la,tahapehape laa..kalau ade jual lelaki comel kat blog pun aku rasa die order jugak.mak dah bising2 husband dah bising2 pun dia buat pekak je telinga!ala2 ketagih jugak akak aku yang KEJAM tu dgn online shop.apatah lagi dengan perempuan2 diluar sana yang sibuk2 nak jugak mengaku shopaholic,nak jugak mengaku brand addicted nak jugak habiskan duit loan belajar nak jugak cekau duit mak bapak untuk membazir semua ni.sekarang trend jual selendang/tudung kat online,bulat2 la,corak2 la,bintik2 la,macam2 la,berebut2 nak pakai trend terbaru (aku tak terlibat ye aku pinjam akak KEJAM aku punye je,lain tu.ha.)so minah ni pun apa lagi, ambik kesempatan la.tu yang ramai terjebak tu.akhirnya,habuk pun tarak.sedih tak?sedih la!duit beb!

maka habislah minah tu kena kutuk kaw2 maki hamun celaka sial semua lah keluar.berbakul jugaklah minah tu kang terbongkok2 pikul caci maki.ha.tapi,ada tak yang ambik iktibar dari kejadian ni?ada tak yang cuba tengok gelas separuh penuh walaupun separuh lagi dah jatuh ke lantai?cuba fikir,kalau fraud macam minah ni takde,sure akak KEJAM aku sekarang syok2 meloncat2 blogshop,beli itu ini,tak fikir panjang.tapi sekarang aku tgk dia dah kurang aktiviti,nak beli pun siap fikir2.dulu mana ada.main klik klik je sesuka hati.kan?kan?

sekarang org akan lebih berhati2,fraud2 yg lain pun mungkin akan ada taktik yg lebih bijak pasni.nak je aku cakap padan muka kat pembeli2 yg bijak pandai ni.yg lagi tak patut adalah pegomen yg tinggalkan komen,dengan dia dia sekali dapat dosa coz caci maki hina hinaan minah fraud tu waima minah tu takde buat taik pun kat diorang.bagi nasihat membina sudah ah.yang nak tambah2 api apekehal?masing2 ada pendidikan tinggi,tapi masing2 la lupa nak pasang otak kat tempat yang sebetulnya.

serious la, aku rasa nak bergimme five je dengan minah fraud tu.lagi elok kalau kekreatifan minah fraud tu disalurkan kearah yang lebih mujahadah lagi.semoga minah fraud tuh insaf cepat dan berubah.taubat nasuha.ingat ye (dan untuk ingatan sendiri jugak) kita takda hak untuk menghakimi org selagi Allah tidak menghakimi seseorang itu kerana kesalahannya.Allah bg kita peluang untuk berubah.mungkin minah fraud itu akan dapat hidayah dan menjadi org/wanita solehah lagi beriman,dan org2 yang memfucking shitkan dia mana tau satu hari nanti jadi fraud pulak?curi duit adik ke,rogol ayam kampung jiran ke,ha?ingat lagi cerita org kuat beribadat yg akhirnya mati masuk neraka yg paling jahanam?ha.kalau tak ingat,pg tanya ustaz/ustazah.

adios.amigos.

(jarang menulis.bila dah start menulis,hambik kau!)

AKAK AKU KEJAM PASAL DIA BULI KUCING AKU!GAIA!

Monday, June 8, 2009

Speck Baru

haaaa... barulah aku boleh nampak sebijik-sebijik jerawat classmate2 aku.barelah terang tengok subtitle kalau tgk wayang!aman damai hidup aku dengan speck baru yang retro ni.ish.rasa terlebih gojes pulak!!

Friday, June 5, 2009

Kesian Aku DIPAKSA!

cubelah tengok jam sekarang.pukul 1 pagi kan?aku dipaksa duduk menghadap laptop dengan cikgu garang kat sebelah ajar sebijik sebuntat mcmna nak tukar layout nak pasang dialog box nak pasang lagu nak taruk gambar nak taruk visitor nak letak macam2!biol jugak kepala hotak aku ni karang!last2 aaku mintak die tolong buatkan.nak tau apa dia jawab?"ok,aku boleh buatkan tapi kau kena ikut perintah aku seminggu!"

korang rasa aku nak ke?

jawapannya...

TENTULAH NAK!

tengok la layout baru aku ni!uwaaaaaaaaaaa!

Jadi Model


Assalamualaikum :)
hye.lama pulak tak tulis apa2 kat blog ni,siap ada bunyi cengkerik,mentibang semua menunjukkan blog ni mmg sunyi sepi yang teramat! :)
sebenarnya tak tau nak blog.taktau nak cerita apa.aku bukannya mcm my sis yg sentiasa ada idea nak tulis ape,nak cerita apa.nampak sekor semut penyek pun dia boleh jadikan bahan blog dengan jayanya.aku ni agak pendiam sikit kot dari dia.sikit je,tak banyak mana pun.hihi.

hari tu,aku buat pertama kalinya buat photoshoot dengan my sis.mula-mula memang kaku.lama lama jadi best pulak.hopefully lepas ni dia panggil lagi.hihi.ok la,aku puji dia sikit k.kreatif la dia.tu je aku nak cakap.kang cakap lebih-lebih bangga pulak tak habis :) tapi die mmg kreatif.

tengok,baru tulis dua perenggan dah bengong dah.macamana nak ber-blog ni?????